sedar tak sedar, dah masuk 15 hari kita puasa kan?
dah separuh bulan dah.. cepat sungguh masa berlalu..
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni SANGAT2 memberi makna..
banyak benda yg amat2 membahagiakan berlaku sepanjang Ramadhan..
dan terasa masa yg di habiskan dgn keluarga sgt2 bermakna..
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kesempatan yg Kau berikan..
untuk diri ini sama2 merasai kebahagiaan bersama keluarga tercinta..
tersangat bahagia.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
" Ya Allah, Engkau kekalkanlah kebahagiaan ini.. Sungguh, aku sgt menyayangi dan menghargai kehadiran insan2 (mama, abah, kakak dan adik2) dalam hidupku.. Engkau kukuhkanlah dan hidupkanlah hati2 kami dgn iman.. matikanlah kami dalam iman serta masukkanlah kami ke dalam Syurga bersama iman.. Engkau akhirilah umur kami dgn kesudahan yg baik.. kerana, aku ingin bersama2 mereka bukan sahaja didunia, malah di SyurgaMu Ya Allah.. "
:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

No comments:
Post a Comment