Tuesday, 12 November 2013

~menjadi diriku~

assalamualaikum..
cuma nak kongsi sebuah lagu..
best, saya suka sangat3!
i'll repeat it again and again..
everyday.. hehe

sarat dengan maksud yg tersurat dan tersirat..
kesimpulan nya, bersyukur lah dgn apa yg kita ada..
dan siapa diri kita sekarang..
setiap manusia tak sama pintu rezekinya..
disitulah tahap kesabaran dan nilai kesyukuran kita akan teruji.. :)

selamat mendengar !






:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 10 November 2013

thanks atas kejutan !

a few days ago.. on 29 Oct..
i've got a surprised 'birthday party' from my ex-housemate..
thanks girls, you guys awesome!
sangat terharu dan bahagia !
speechless!

ingatkan dh tak ada insan yg ingat dan sudi meraikan..
ye lah, siapa lah saya kan..
hanya seorang insan yg masih teramat banyak kelemahan,
dan masih dalam proses 'pembaikan' akhlak..

plan nak lunch kat luar rupanya sudah dirancang..
terasa diri dihargai !
dah lama tak rasa perasaan ni !
serious, im crying !



this is my birthday cake !


and,
another surprised is..
my phone hilang..
serious rasa mcm nak menjerit kuat2..
yelah, phone tu kan hadiah dari mama abah..
ingat kan tinggal dekat rumah sewa my friends,
tapi, dorang cakap tak ada..
so sad ! :(

then, the next morning..
i've got some present from my friend..
and you guess what?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

i got my phone back !


my friend buat prank la pulak.. hehe
memang kenangan dan ukhuwah ini tak akan aku lupa..
selamanya..


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Alhamdulillah..



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
dapat jugak aku menghabiskan minggu in dengan jayanya..
setelah diserang oleh test yang bertubi2..
rasanya mcm dah lebih teruk dari orang ambik final..
sebab jadual common test amat lah padat..
setiap hari ada test, dan ada jugak 1 hari tu sampai 2 paper..
and total semua 6 paper untuk sem 8 / final sem ni..
Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya..
tak dinafikan, masa 1st dapat jadual test,
aku 'lupa' pada Allah,
aku cepat sgt nak mengalah..
rasa mcm tak boleh nak menghadapi..
Ampunkan aku Ya Allah atas kelalaian aku.. 
insyaAllah lepas ni aku x buat lg.. *x lupa berdoa ketika ujian dtg menjenguk*
then at last, sedar2.. aku dah berjaya menghadapi kesemua 6 paper 
dalam masa 4 hari dgn jayanya..
Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. 


::semoga keputusan test memuaskan::


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Friday, 1 November 2013

Surat untuk anakku..

Assalamualaikum,
Actually, i just C&P this entry from one of the post that were i tagged in on FB..
Please read till the end ok!
tak rugi dan tak keluar peluh pon.. *i mean, x habis tenaga pon kalau baca*
and you guess what? im crying while reading this post..
someone has crossed my mind.. and, i really miss her ! :(

------------------------------------------------------------------------------------



Assalamualaikum

Anakku yang kusayangi...
Pada suatu saat di kala kamu menyedari bahawa aku telah menjadi sangat tua,
Cubalah berlaku sabar dan cubalah mengerti aku..

Anakku yang kusayangi...
Pada suatu saat dikala kamu menyedari aku telah menjadi sangat tua,
Cubalah berlaku sabar dan cubalah mengerti aku..

Jika banyak makanan yang tercecer di kala aku makan,
Jika aku mendapat kesulitan mengenakan pakaianku sendiri,
Sabar lah! Kenangkan saat-saat di mana aku meluangkan
waktuku untuk mengajarimu tentang segala hal yang kau perlu tahu ketika kau masih kecil..

Jika aku mengulang mengatakan hal yang sama berpuluh kali,
Jangan menghentikan aku! Bersabarlah mendengarkan aku!
Ketika kau kecil, kau selalu memintaku membacakan cerita yang sama berulang kali..
dari satu malam ke malam yang lainnya hingga kau tertidur..
Dan, aku lakukan itu untukmu..

Jika aku enggan mandi dan memerlukanmu untuk memandikanku,
jangan marahiku dan jangan katakan padaku bahawa itu memalukan..
Ingatlah setiap pujukan yang kuberikan padamu menyuruhmu mandi dikala kecilmu..

Jika aku kebingungan menghadapi hal-hal baru dan teknologi moden,
Jangan mentertawakan aku! Beri aku waktu untuk mengerti..
Renungkanlah bagaimana sabar aku menjawab setiap "mengapa" yang ajukan dikala kecilmu..

Jika terkadang aku menjadi pelupa dan aku tidak dapat mengerti dan mengikuti pembicaraan,
Beri aku waktu untuk mengingat dan jika kau gagal, jangan sombong dan memarahiku..
Kerana yang penting bagiku adalah, aku dapat bersamamu dan dapat berbicara padamu..

Jika aku tidak mahu makan, jangan paksa aku !
Aku tahu bilamana aku lapar dan bilamana aku tidak lapar..
Bersabarlah terhadapku!

Ketika kakiku tak lagi mampu menampung tubuhku untuk bergerak seperti selalu,
Bantulah aku dengan cara yang sama ketika aku merangkul tanganmu,
mengajarmu melakukan langkah-langkah pertamamu..

Pada suatu saat nanti, ketika aku katakan bahawa aku tak lagi ingin hidup,
ketika aku ingin mati, jangan marah !
Kerana pada saatnya nanti kau juga akan mengerti..
Cubalah untuk mengerti bahawa pada usia tertentu,
kita tidak benar-benar "hidup" lagi, kita hanya "tidak mati"...

Suatu hari kelak kau akan mengerti bahawa disamping semua kesalahan yang aku buat,
aku selalu ingin apa yang terbaik bagimu untuk kehidupanmu kelak..

Aku mengajarimu banyak hal..
Cara makan yang baik,
cara berpakaian yang baik,
tingkah laku yang baik,
dan bagaimana menghadapi masalah dalam kehidupan..

Kau tak usah merasa sedih, tak akan rugi satu sen bagimu melihat keadaan aku yang uzur..

Cuma, kau harus berada dekat denganku, cuba fahami aku bahawa seluruh hidupku
adalah untukmu, untuk kejayaanmu, seperti pengorbanan yang aku berikan ketika kelahiranmu...

Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku di pengakhiran hidupku dengan kasih sayang dan kesabaran..
Hanya satu yang aku harapkan, senyuman dan kasih sayang dari anakku..




:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Al-Haq yang satu..



ni lagu Mawi ft AC Mizal..
walaupun nampak mcm 'rock' sikit..
and, maybe ada yg x percaya budak sopan santun mcm i ni suka lagu cmni.. *perasan! haha*
tapi, lagu ni bes ! padat dengan maksud tersurat dan tersirat.. 
lets enjoy the music.. :)

"Ya Allah, 
Berikanlah aku petunjuk agar bisa ku untuk meneruskan hidup..
Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus.. "





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Monday, 28 October 2013

oh Allah, forgive me..

assalamualaikum..
erm, waktu skg dah masuk 3.31 AM..
and, im still awake..
ni lah akibatnya kalau buat kerja last minit..
macam2 dugaan dtg kalau buat last minit..
assignment yg diberikan 4 hari yg lepas, esok nk present, malam ni baru terkial2
nak cari jawapan, nak prepare slide, nak print hardcopy for each members termasuk lec..
and, Allah nak uji kesabaran sy mungkin..
dalam process nak print, printer buat hal..
Allahu Rabbi..
memang sgt tertekan..air mata ni tak usah cakap la.. mengalir laju ja..
and, at that time.. i realize that my tahap kesabaran adalah sgt2 kritikal..
because i cant control my self at all..
dan, yg paling dikesalkan apabila sy dah mengeluarkan kata2 *&#% kesat pada someone..
*even that someone tgh tidur, but i put the blame on him, oh Allah, forgive me..*


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 13 October 2013

The demised of Dato' Radin.. :(

Assalamualaikum,

pada 13 October 2013 (kelmarin) dalam jam 11pagi,
sedang asyik ber'facebooking', tiba2 terjumpa 1 post (status somebody),
mmg sgt2 tersentap, jiwa meronta2, dan hati rasa mcm nak menangis, meratap dan menjerit..

dato' radin umar (mantan VC UPM) telah kembali mengadap Illahi pada jam 4pg..
walaupun aku tak kenal sgt dgn beliau, tp pemergian beliau sgt aku rasai..
beliau pernah menjadi seseorang yg istimewa dlm hidup aku..
dalam diam, aku mengagumi dan menghormati beliau,
mungkin, aku pernah 'berkasar' dgn beliau, tp bukan maksudku utk melakukan itu..
maaf kan saya dato'.. sungguh sy tak terniat atas apa yg terjadi..

i hope u'll rest in peace..
semoga Allah tempatkan dato' di kalangan hambaNya yg beriman dan
menganugerahkan dato' dgn ganjaran syurga tertinggi..

ini adalah antara entry terakhir dato' radin didalam FB nya pada 4 Sept 2013..

"Salam Rakan FB. Ramai yang bertanya kabar dan keadaan saya. Tidak kurang juga yang berhajat untuk ziarah.

Alhamdulillah, saya sihat walaupun dalam keadaan yang agak sukar. Sejak belakunya vena cova trombosis 2 minggu lalu, bengkak dikaki telah surut. Masih menjalani perubatan yg intensif di rumah untuk mencairkan darah dan mengeluarkan air yang tersekat.

Buat masa ini saya menumpukan masa untuk menyiapkan dua buah buku. Pertama mengenai keselamatan jalan raya, semua soalan soalan yang ditanya kepada saya dan polisi/akta/peraturan yang sempat saya sumbangkan sepanjang 28 tahun lalu dan rasional polisi yang di ambil. Buku kedua mengnenai memoirs saya sebagai anak kampong monoreh getah sebelum kesekolah berpeluang membangunkan fakulti kejuruteraan UPM, Miros dan polisi polisi berkaitan pengajian tinggi. Ramai yang tahu polisi tersebut tetapi mingkin tak tahu rasionale kenapa polisi tersebut dibangunkan. Saya kira eluk dibukukan supaya yang tinggal boleh manfaatkannya. Oleh itu saya mengurangkankan tetamu buat seketika untuk menumpukan kepada buku tersebut. Semoga dipermudahkan Allah."


see?
walaupun dalam keadaan sakit kerana menghidap kanser,
tapi semangat beliau tetap kuat..




Alfatihah, rest in peace dato',
i'll miss you, always.. :(



















:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 12 October 2013

marah-marah sayang, bukan membenci..

Assalamualaikum.., Bismillah,

just now, terbaca suatu perkongsian yg di kongsi kan oleh seorang akak di FB..
dan, rasa tertarik untuk dikongsikan bersama..

just c&p from this blog.. sebarkan bahagia :) *a very nice blog, really!*

-------------------------------------------------












Banyak Karenah

“Ya Allah!!!!” bertempik seorang bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli semalam. Mahal pula tu.

Terkejut begini suatu reaksi spontan bagi mana-mana ibubapa apabila berhadapan dengan kesalahan si kecil. 

Pelbagai keletah tidak terjangka.
Menyorok telefon bimbit di dalam peti ais.
Meneraburkan duit dan dokumen dari dalam dompet.
Menyelerakkan buku daripada almari.
Meleraikan bunga hiasan.
Mencabut huruf-huruf di keyboard satu demi satu.
Mengoyak. Menterbalik. Mencurah. Menumpah. Menyepah. 1001 karenah.


Betulkan Sudut Pandang

“Kenapa dengan anak aku ni?” keluh hati ibubapa.

Mungkin kita terlupa…

Dia ‘anak kecil’! Memanglah anak kecil begini. Kalau tidak, apa bezanya dunia ‘anak kecil’ dengan dunia ‘anak besar’?

Anak kecil kita baru setahun jagung mengenal dunia. Bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada belajar sedikit demi sedikit.

Adilkah kita mengharapkan anak kecil kita yang berusia 3 tahun berdisiplin seperti anak berusia 13 tahun? Jangan sampai sikap kita ‘menzalimi’ dunia kecilnya. Muhasabahlah mana-mana sikap kita yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Mencubit, melempang…adakah itu sikap yang ‘adil’ dalam mendidik si kecil? Kasihani dia.

Kita akan lebih sabar apabila memahami. Lebih terpujuk. Kurang stress. Tugas mendidik anak menjadi lebih seronok bahkan menceriakan hidup.


Marahlah bukan Marah-marah

Ya, anak perlu belajar daripada kesalahannya. Jika ibubapa tidak marah, bagaimana anak akan mengambil serius terhadap perbuatannya yang salah? Lumrah marah, nada suara akan meninggi sedikit. Itu normal.

Biarpun nada suara meninggi sedikit, pastikan bahasa yang kita gunakan tidak kasar dan tidak menyiat-nyiat jati dirinya. Jangan meletakkan label ‘bodoh’, ‘nakal’ atau ‘jahat’. Kata-kata itu akan diprogramkan ke dalam otak menjadi satu kepercayaan diri yang negatif.

“No!” cukup dengan satu perkataan tegas, anak akan mengerti dia buat silap. Biasanya, mukanya akan berubah monyok. Bibirnya mencebir kesedihan.

“Waaaaaaaaaaaaaaa!!!” Ada yang terus berteriak menangis. Ada yang menangis perlahan tersedu-sedan.
Apakah reaksi kita ketika ini?

Meninggalkan begitu sahaja? Biar dia mengerti dengan sendirinya? Biar padan muka? Biar puas hati kita? Biar dia mampu membuat kesimpulan sendiri? Biar? Biar? Biar?


Selepas Marah?

Kembali kepada realiti, dia cuma anak kecil yang belum mengerti.  Jangan biarkan dia tertidur dalam kesedihan. Jangan biarkan hatinya rasa dilukai tanpa pujukan.

Kita tentu gembira jika anak kita pandai meminta maaf, bukan? Siapa yang akan mengajarnya sikap mulia itu kalau bukan kita?

Panggilan lembut akan melembutkan hatinya,

“Adik, mari minta maaf dengan ayah.”

Hulurkan tangan kita untuk bersalam. Jangan tunggu anak kecil kita mengerti sendiri untuk menghulurkan tangannya terlebih dahulu. Bahkan kita boleh mencium tangannya terlebih dahulu agar dia dapat mengikuti perbuatan itu.

Si kecil itu gembira diberi peluang. Kita juga akan terpujuk daripada geram. Ajarilah dia dengan kata-kata meminta maaf,

“Ikut ayah sebut, ‘Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.’”

Mendengar suara comelnya melafaz kemaafan, sangat mengubatkan. Bukan senang dia hendak memaksa dirinya lunak menerima didikan.

Selepas itu, senyumlah semula. Cium dia. Puji dia. Kerana ‘pandai’ meminta maaf.


Maafkanlah

Prap!

Si kecil terpijak lagi cermin mata si ayah. Dalam nada bersalah, dia cepat-cepat meminta maaf,

“Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.”

Sejuk hati mendengarnya. Mulia kelihatan akhlaknya.

Tapi, apakah sikap ibubapa ketika ini?

Memasamkan wajah? Memuncungkan mulut? Mencubit? Enggan menerima kemaafan?

Andai beginilah sikap kita, kita telah mengajarinya sikap berdendam. Dia akan meneladani sikap sukar memaafkan.

Ajarilah dia akhlak mudah memaafkan. Senang tersenyum kembali setelah memaafkan. Bukan mencuka berjam-jam.

Fahami, dia manusia biasa yang berpotensi melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. Kita juga manusia yang ada buat silap. Sudikah kita menurunkan ego untuk meminta maaf?

“Ayah yang sepatutnya minta maaf sebab letak cermin mata merata-rata.”


Berat tapi natijahnya hebat, insya Allah….

---------------------------------------------------

yeah, this is sooo true..
kisah tu sgt2 lah mengadaptasikan realiti zaman sekarang..
and, its happen to me too.. :(

sebenarnya,
untuk menjadi ibubapa yg cemerlang tak susah, dan tak mudah..
kunci utama adalah SABAR!
yup, SABAR dengan 'kecomelan' anak2 anda..

aku harap and really hope,
one day, *kalau rezeki  & jodoh aku utk berumahtangga, and jadi umi*
i can be the best mother for my kid(s)..
and be their BFF too .. :)

sebab aku tahu dan aku faham..
betapa sakitnya to be scold again and again without any clear reason..
without knowing what is your fault?
and how lonely you feel, when you really need someone to wipe away all your tears,
to share your problems, to calm you down, to share everything with you..
but, there is no one.. you are all alone.. !
and that feelings, when you try to be someone better, try to change your bad habits
to a good one, and someone said " oh, selama ni aku tak percaya dengan kata2 hang..cuba tgk tu *point to a sexy lady* , kalau ikut dgn sikap hg, hg sama taraf ja dgn dia.. xyah pakai tudung..dan compared to all my students yg teruk2, hg lagi teruk dari dorg suma..! "
oh, thats really hurt! and you need to stand all alone !

---------------------------------------------------

:: may Allah ease everything, and give me a chance to get married and have my own kid(s).. :)
sometimes, i just worried about my 'jodoh' sebab till now, i'm still single :( ::


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

a present..



Assalamualaikum..

last 3 days ago, (wednesday, 9 oct 2013)
i've got a surprise birthday present from si chantek manis, eija..

thanks dear..
really appreciate it!
and really love it..

thats the one and the only birthday present i got..
u also be the first person who wish me "hapy birthday!"
thanks dear !

-----------------------------------------------------------

when i got this present,
just feel like a dream..
and deep inside,
"oh, Alhamdulillah, thanks Allah, its like my dream come true!"

-----------------------------------------------------------

a few weeks before,
me and my housemate go for window shopping.,
and thats our "habits" to enjoy and 'free' ourself from all the 'serabut' assigment..
and, when we stop at one of the stall at c-mart,
i've 'fallen in love' with something, and really adore it..
and you know what?!
now i owned that 'something'!

thanks again eija..
now i know why u are so rushing riding your motorcycle to go to c-mart...
thanks for your 'susah payah'..
:)

-----------------------------------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaa..
this is that 'something'..
cute isn't it?
hehe 




:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 6 October 2013

tuhan berikan aku cinta


♥♥♥




Lirik

walau aku senyum bukan beerti,
aku selalu bahagia dalam hari..
ada yang tak ada di hati ini,
dijiwa ini hampa..

ku bertemu sang adam di simpang hidupku..
mungkin akan ada cerita cinta..
namun ada saja cubaan hidup,
seakan aku hina..

Tuhan berikanlah aku cinta..
untuk temani ku dalam sepi..
tangkap aku dalam terangmu..
biarkan lah aku punya cinta..

tuhan berikanlah aku cinta..
aku juga berhak bahagia..
berikan restu dan rahmatMu,
Tuhan, beri aku cinta..



:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 29 September 2013

Happy Birthday to me :(

Alhamdulilah,
today, 29th september 2013, i'm turns 24 years old !

a big big thanks to all friends, family members,
colleague and the others for being part of my life..
u have colored every second of my life with a very colorful
and unforgettable moments..
thanks a lot guys!

---------------------------------

dear my beloved mama and abah..

terima kasih..
terima kasih atas segala kasih sayang..
dan jagaan selama 24 tahun ini..

terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi
sebahagian dari hidup kalian..
walau, diri ini acapkali membawa keruh dijiwa kalian..

terima kasih yang tak terhingga atas segalanya..

dan, maaf atas segala keterlanjuran..
maaf kerana gagal mengukir senyuman dibibir kalian..

maafkan Liyana mama, abah..
ampun atas segala dosa yg pernah Liyana lakukan..

----------------------------------

dear all,
maaf,
kerana aku gagal menjadi yg terbaik..
seringkali mengecewakan..
kerapkali mengguris jiwa kalian..

maaf,
andai kataku mencalar berbekas di sanubarimu..
bukan niatku utk mengguris..
bukan hasratku untuk menyakiti..
mungkin cara kita yang berbeza,
dalam bergurau dan berjenaka..
sehingga tanpa sedar, aku telah melukis calar dihatimu..
atau, salahku bergurau salah waktunya,
dan silap tempatnya..

maaf,
ketika lisanku bisu..
sepi tanpa bicara..
kaku dalam menyemarakkan cerianya suasana..

maaf,
atas segala kekhilafan dan kelemahan diri ini..
kerana aku bukan pujangga,
yang sempurna dalam segala hal..

maaf kan aku !

------------------------------

:: doa kan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagian saya dunia dan akhirat! Ya Allah, jadikanlah Liyana seorang anak yg solehah dan hiasilah pekertinya dengan akhlak islamiyah. dan jadi kan Al-Quran sentiasa di hati, lisan dan peribadinya. Aminn.. ::


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 21 September 2013

anak itu anugerah, bukan utk disiakan..

assalamualaikum wbt.

suka utk berkongsi sebuah petikan video dari youtube..
bukan video movie ok, tp sebuah ceramah @ pengisian oleh ust don..

to all parents and parents to be kat luar sana tu, wajib tgk ok!




sedih,
dan menangis,
kerana, aku punya kisah yg tersendiri..

i hope,
really hope, 
they watch and understand !

Ya Allah, kuatkan aku.. :(


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 14 September 2013

smile at insult, laugh away anger !

pernah rasa patah hati..?
pernah rasa kecewa..?
pernah rasa sedih dan putus asa..?

sy juga tidak terkecuali..
seringkali merasa diri ini hina sehina nya di mata manusia..
pernah merasa diri ini tiada harga di pandangan mereka..
ya, seharusnya kita mengutamakan pandangan Allah berbanding pandangan manusia..
tetapi, sebagai manusia..
selama mana kita dapat bertahan dengan hinaan demi hinaan?
bagi mereka yg tidak kuat 'benteng' imannya,
tidak mustahil utk mereka terus hanyut dgn perkara yg blh merosakkan akidah..

jadi, untuk mengubati hati, perlulah kena pada caranya..

ubatnya, dan sgt mujarab.. *InsyaAllah..*
adalah dengan memaafkan hal yang telah melukai hati kita..
agar kita dapat melangkah kedepan dengan lebih 'ringan'..
ya, memang sukar utk memberi kemaafan, tapi tak mustahil kan?
dengan memberi kemaafan, kita akan merasa lebih tenang dan bahagia..
tak percaya? cuba lah sendiri.. :)

kita kena ingat,
diri kita berhak untuk bahagia..
jangan sampai kebahagiaan kita dihalang oleh rasa sakit hati,
kecewa, dan dendam yang tak berkesudahan..

untuk apa menyesali dan menangisi makanan yang telah basi semalam,
sedangkan dihadapan kita terhidang makanan yang masih panas..

untuk apa berterusan merenungi dan menyesali hal yang telah berlalu pergi?

ingat lah,
berani mati bukanlah perkara yg luar biasa..
tetapi,
berani hidup disaat lemah itu baru lah suatu yg luar biasa !

Semangatlah wahai jiwa !


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

All in one.. :)

Assalamualaikum wbt..

em, dah dekat 2 bulan lebih tak update..
nak dikatakan busy..? tak jugak.. tapi lebih kepada sifat malas nak 'menulis'..
last entry pon, masa time praktikal..

ok, utk entry kali ni saya memilih topik "all in one"..
kenapa ea? sebabnya, sy nak summarize kan
semua yg berlaku sepanjang 2months ni dalam satu entry.. :)

--------------------

Alhamdulillah,
pada tanggal 1 Aug 2013 (khamis),
sy dan 2 lagi rakan seperjuangan berjaya menamatkan sesi praktikal dgn status LULUS..
supposedly, habis 31 july, tp atas permintaan bos supaya kami habiskan minggu (sehingga khamis)
jadi, kami akur.. lagipun sehari ja kan.. :)
then, sibuk dgn persiapan utk raya..
*persiapan lah sgt kan.. padahal x da buat apapon..*

em, dah habis praktikal ni, dok umah je la..
masa yg terluang pon byk dihabiskan dgn baca novel ja..

--------------------

-Hari Raya-
raya tahun ni mcm biasa la..
sembahyang raya dkt jitra..lepas smbhyg raya baru gerak balik kampung..
cuma yg berbeza, tahun ni akak beraya sekali kat jitra..
2nd day raya, mcm tahun sblm ni jugak, ramai relative yg dtg..
cuma yg berbeza, i'm chef of the day! haha
risau jugak masakan x menjadi, tp Alhamdulillah.. sedap sgt.. *over la pulak kan, haha*
betul la apa org cakap, kalau kita masak dgn iklas, insyAllah semua akan jadi sedap.. :)

--------------------

-2 sept 2013-
hari ni kami sekeluarga (me, parents and my adik2) akan bergerak ke kuantan pahang..
tujuannya, nak hantar my younger sis utk meneruskan jihadnya dlm pelajaran di uia kuantan..

--------------------

-9 sept 2013-
hari ni merupakan hari pertama bergelar student part 8 bachelor of account !
teruja, semangat, nervous, semua ada.. sem akhir lah katakan.. :)
semoga Allah permudahkan perjalanan semester terakhir ni dengan penuh rahmah dan barakah..
mohon doa semua ya.. :)

--------------------

-12 sept 2013-
heading to KLIA..
thats mean, sy 'terpaksa' dgn kerelaan sendiri ponteng kuliah selama 2 hari..
kali ni, hantar my younger brother yg akan fly ke jordan..


::jujur, sgt berbangga dengan kejayaan adik2..
kadang terasa diri terlampau kerdil jika dibandingkan dengan mereka..
semoga perjuangan dan jihad mereka utk menuntut ilmu dipermudahkan Allah..
ops, lupa nak bagitau.. both my adik2 merupakan dentist to be.. insyAllah.. :) ::



:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 31 March 2013

Ya Allah, aku jatuh cinta !

cinta itu fitrah !


bismillahhirrahmanirrahim..
*mulakan sesuatu dengan nama Allah, baru lah berkat :) *

hm, malam ni tiba2 tergerak hati nak bercakap soal cinta..

cinta.. merupakan sesuatu yg berkait rapat dgn soal hati..
sesuatu yg datang tanpa diduga..
cinta merupakan suatu anugerah teragung..
buat insan yg bergelar manusia..
bila mana cinta tercipta, disitu akan bertautlah rasa rindu..
cinta boleh saja disandarkan pada sesama manusia..
atau, di antara makhluk dengan sang pencipta..
semestinya,cinta pada pemilik segala rasa cinta adalah lebih utama..
yaitu cinta kepada Allah yang Maha Esa..

saban hari, ada saja mulut yg bertanya pada saya..
"eh, awk ada boyfriend x? x kan takda kot.. mesti ada kan??"

hm, sejujurnya..
hati mana yang tak pernah terlepas dari merasa kasih dan sayang pada
sesama makhluk??
itu kan sudah fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai..

pernah, diri ini disakiti kerana cinta..
dikecewakan kerana cinta..
namun, diri ini telah diselamatkan..
dari terus mengejar cinta yang tiada penghujung..

terima kasih Ya Allah..
kerana Engkau telah menyedarkan aku..
kini, aku sedar..
mungkin cinta yg lepas itu,
bukan cinta yg terbaik..
mungkin juga, bukanlah cinta yg
membahagiakan, tapi menghancurkan..

namun,

saat ini.. hati ini sedang terpaut pada seseorang..
seseorang yang pernah menjadi rakan
seperjuangan suatu masa dahulu..
yang terpisah bertahun lamanya
kerana menuju haluan masing2..
yang tak pernah berbicara dalam masa silam..
tapi kini, dengan takdir Allah..
kami bertemu..pertemuan tanpa wajah..
pertemuan di alam siber..
semuanya adalah perancangan Allah..

aku senang berbicara dengannya..
walaupun perbualan kami tanpa suara..
dan dia nun jauh diperantauan..
aku gembira berkongsi khabar..
dan aku gembira yg dia telah berjaya mencapai cita..

antara sikapnya yg menarik perhatianku..
apabila aku tahu yg dia seorang yg aktif dalam berdakwah..

biar saja aku perkenalkan dia sebagai Dr. M.A.A.R.. :)

ah..
aku hanya mampu berdoa..
Ya Allah, aku suka dia..
andai dia jodohku..
maka, satukanlah kami..
andai dia bukan jodohku..
jauhkanlah dia dari hatiku..
dan aku dari hatinya..
dan gantikanlah dengan insan yg
lebih baik dari itu..
Amiinn..

:: aku tahu, aku bukan lah yg selayaknya untuk dirinya.. mungkin dia mengimpikan pendamping yg solehah untuk melayari bahtera.. dan, aku bukanlah se solehah yg di impikan.. tapi, aku juga seperti wanita lain.. yg mendambakan kehadiran adam yg mampu menjadikan aku wanita syurgawi.. ::




:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 30 March 2013

assalamualaikum..
apa khabar imanmu hari ini?
semoga bertambah kukuh berjalan di atas garisan dakwah..

hm, dah hampir dua bulan saya x menjenguk ke blog ni..
maklumlah semenjak bergelar 'budak praktikal' ni..
sibuk selalu.. masa agak mencemburui saya rasanya..

*ahh, salahkan masa pulak, padahal diri sendiri
yg salah.. x pandai nak "mencuri" masa..*

hm, itu lah sikap dan kelemahan manusia kan..
nak letakkan kesalahan pada org lain aja..
langsung kita x fikir apa salah dan silap kita..

untuk entry kali ni, tak ada topik yg specific pon..
just suka2 sebab dah lama x update apa2 kan..

em, alang2 dah update, meh nak kongsi sikit pengalaman
sepanjang bergelar wanita bekerjaya.. *praktikal je pon..haha*

Alhamdulillah, hari ni genap 2 bulan saya bergelar student
praktikal di salah sebuah syarikat audit di bandar Alor Setar..
untuk lebih specific, di kawasan peruda, Alor Setar..
sapa2 yg x biasa dengan Alor Setar,
mesti xpenah dengar perkataan peruda..
ikut pengalaman saya, bila saya bagitahu yg saya
praktikal dekat peruda.. mesti org akan tanya
"eh,perodua branch mane ye?"
lucu bila dengar org tanya soalan mcm tu..
specially insan2 yg bukan warganegara kedah la.. :)

sepanjang perjalanan sebagai student praktikal,
Alhamdulillah, byk pengalaman yg saya dapat..
memang betul kata org.. alam belajar dengan
dunia pekerjaan sebenar mmg banyak bezanya..
bagai gagak dengan merpati !

yang paling istimewa dan bernilai..
bila dapat kawan2 baru..
kawan yg memang dapat menceriakan
dan menghiburkan hati..
dan, bila dapat mengenali dengan akak2
senior yg sporting habis..
dan jugak bos yg suam2 kuku..
*kat sini semua pompuan, no boys !*

bagi saya, syarikat ni agak besar jika nak dibandingkan
dengan tempat praktikal semasa diploma dulu..

syarikat tempat saya praktikal ni 3 in 1 la org kata...
sebab memberikan khidmat akaun, audit dan sec..

syarikat dibahagikan kepada 2 bahagian..
iaitu management dan consultant..

management:
dibahagian tingkat bawah..
memberi khidmat sec co..
senang cerita, semua yg berkaitan dgn
director, share, company etc..

consultant:
dibahagian tingkat atas..
memberi khidmat akaun dan audit..
dan jugak cukai..

ok, la.. cukup lah sikit2..
next time nanti x da idea lak nak cita apa.. hehe *alasan!*


::hari khamis last week, pesan coklat kat wani sebab dia nak balik langkawi..
  tak sabar nak tunggu ahad ni.. nak makan coklat.. hehe ::




:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Thursday, 31 January 2013

sesal..


















sedar tak sedar, dah 23 tahun aku diberi
kesempatan untuk hidup di alam fana ini..

tapi, apakah sumbangan yg telah aku
taburkan pada agama? pada umat manusia?
apakah kebaikan yg telah aku lakukan
pada mama abah?pada adik2?pada kakak?

hari ini, 1 feb 13, 1.10a.m, aku terfikir..
betapa aku telah bazirkan umur dan masa
aku dgn perkara yg tak berfaedah..

kadang aku terfikir, masih adakah masa
depan yg cerah untukku?
andai aku mempunyai kuasa untuk
melakukan putaran waktu,
tak akan aku biarkan umurku berlalu dengan sia-sia..
memang, kadang aku lemah..

kadang aku tewas kerana menyalahkan takdir Allah..
siapalah aku untuk menyalahkan takdir..
segala perjalanan pahit manis hidupku
telah Allah tetapkan..

aku yakin, pasti ada hikmah yg menanti diakhirnya..

"Ya Allah.. tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yg terbuku dalam hatiku lebih dari aku mengetahuinya..kerana kadang, mungkin saja apa yg aku ketahui itu telah dinodai dgn panahan nafsu..tapi, Allah lebih tahu yg sebenarnya.. ampunilah aku Ya Allah.. telah banyak dosa yang telah aku lakukan.. telah banyak kerosakan yg telah aku lakukan.. telah banyak masa yang telah aku bazirkan.. telah banyak hati yg telah aku luka kan.. telah banyak janji yg telah aku dustakan.. Ampuni lah aku Ya Allah.. Ya Allah, Engkau lindungi lah aku dari bisikan syaitan Ya Allah.. Engkau kuatkan aku untuk menolak segala panahan nafsu yg membinasakan.. Ya Allah.. Ampun kan aku Ya Allah.. seringkali aku berjanji padaMu untuk tetap patuh pada jalanMu, untuk meninggalkan segala laranganMu.. tapi terkadang aku tewas..aku tenggelam dalam nafsuku sendiri..aku gagal pertahankan janjiku padaMu.. Ampunkan aku.. Ya Allah, tetapkan aku dalam agamaMu sampai ke akhirnya Ya Allah.. Aminn"


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

1st entry 2013



assalamualaikum.. J

dah berbulan rasanya diri ini membiarkan laman ini sepi tanpa pengisian..
Alhamdulillah.. disini, hari ini.. 31 January 2013..
Aku diberikan sedikit kekuatan dan kerajinan untuk mencoretkan sesuatu disini..

Semalam, 30 jan 13 merupakan hari yang agak berat bg aku.. 
betul lah kata orang, dalam hidup ni, kadang kita di atas dan kadang kita dibawah.. 
aku betul2 down sangat semalam.. aku menangis dan terus menangis..
saat itu, aku betul2 berharap ada seseorang yg dpt mendengar segala kesedihan aku..
seseorang yang boleh aku sandarkan segala keresahan hati.. 
seseorang yg blh menenangkan aku dgn lembut bicaranya.. 
semoga ‘insan’ itu akan hadir dalam hidup aku suatu hari nanti.. 
aku sandarkan segalanya pada Yang Esa..

Hm, Sedihkan bila setiap laku kita tak dihargai..
Bila segala kenangan pahit dan pedih yg cuba kita buang muncul kembali..
Dan yg amat menyedihkan apabila disaat kita jatuh, 
tiada seorang pon yg cuba menghulurkan
Tangan, menarik kita kembali ke atas, memberi kata semangat.. 
sebaliknya kita dicaci dan dihina atas kelemahan kita.. 
semoga Allah terus memberikan ku kekuatan untuk terus langkah kehadapan.. 
Amin.. 



:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::