Sunday, 29 September 2013

Happy Birthday to me :(

Alhamdulilah,
today, 29th september 2013, i'm turns 24 years old !

a big big thanks to all friends, family members,
colleague and the others for being part of my life..
u have colored every second of my life with a very colorful
and unforgettable moments..
thanks a lot guys!

---------------------------------

dear my beloved mama and abah..

terima kasih..
terima kasih atas segala kasih sayang..
dan jagaan selama 24 tahun ini..

terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi
sebahagian dari hidup kalian..
walau, diri ini acapkali membawa keruh dijiwa kalian..

terima kasih yang tak terhingga atas segalanya..

dan, maaf atas segala keterlanjuran..
maaf kerana gagal mengukir senyuman dibibir kalian..

maafkan Liyana mama, abah..
ampun atas segala dosa yg pernah Liyana lakukan..

----------------------------------

dear all,
maaf,
kerana aku gagal menjadi yg terbaik..
seringkali mengecewakan..
kerapkali mengguris jiwa kalian..

maaf,
andai kataku mencalar berbekas di sanubarimu..
bukan niatku utk mengguris..
bukan hasratku untuk menyakiti..
mungkin cara kita yang berbeza,
dalam bergurau dan berjenaka..
sehingga tanpa sedar, aku telah melukis calar dihatimu..
atau, salahku bergurau salah waktunya,
dan silap tempatnya..

maaf,
ketika lisanku bisu..
sepi tanpa bicara..
kaku dalam menyemarakkan cerianya suasana..

maaf,
atas segala kekhilafan dan kelemahan diri ini..
kerana aku bukan pujangga,
yang sempurna dalam segala hal..

maaf kan aku !

------------------------------

:: doa kan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagian saya dunia dan akhirat! Ya Allah, jadikanlah Liyana seorang anak yg solehah dan hiasilah pekertinya dengan akhlak islamiyah. dan jadi kan Al-Quran sentiasa di hati, lisan dan peribadinya. Aminn.. ::


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 21 September 2013

anak itu anugerah, bukan utk disiakan..

assalamualaikum wbt.

suka utk berkongsi sebuah petikan video dari youtube..
bukan video movie ok, tp sebuah ceramah @ pengisian oleh ust don..

to all parents and parents to be kat luar sana tu, wajib tgk ok!




sedih,
dan menangis,
kerana, aku punya kisah yg tersendiri..

i hope,
really hope, 
they watch and understand !

Ya Allah, kuatkan aku.. :(


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Saturday, 14 September 2013

smile at insult, laugh away anger !

pernah rasa patah hati..?
pernah rasa kecewa..?
pernah rasa sedih dan putus asa..?

sy juga tidak terkecuali..
seringkali merasa diri ini hina sehina nya di mata manusia..
pernah merasa diri ini tiada harga di pandangan mereka..
ya, seharusnya kita mengutamakan pandangan Allah berbanding pandangan manusia..
tetapi, sebagai manusia..
selama mana kita dapat bertahan dengan hinaan demi hinaan?
bagi mereka yg tidak kuat 'benteng' imannya,
tidak mustahil utk mereka terus hanyut dgn perkara yg blh merosakkan akidah..

jadi, untuk mengubati hati, perlulah kena pada caranya..

ubatnya, dan sgt mujarab.. *InsyaAllah..*
adalah dengan memaafkan hal yang telah melukai hati kita..
agar kita dapat melangkah kedepan dengan lebih 'ringan'..
ya, memang sukar utk memberi kemaafan, tapi tak mustahil kan?
dengan memberi kemaafan, kita akan merasa lebih tenang dan bahagia..
tak percaya? cuba lah sendiri.. :)

kita kena ingat,
diri kita berhak untuk bahagia..
jangan sampai kebahagiaan kita dihalang oleh rasa sakit hati,
kecewa, dan dendam yang tak berkesudahan..

untuk apa menyesali dan menangisi makanan yang telah basi semalam,
sedangkan dihadapan kita terhidang makanan yang masih panas..

untuk apa berterusan merenungi dan menyesali hal yang telah berlalu pergi?

ingat lah,
berani mati bukanlah perkara yg luar biasa..
tetapi,
berani hidup disaat lemah itu baru lah suatu yg luar biasa !

Semangatlah wahai jiwa !


:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

All in one.. :)

Assalamualaikum wbt..

em, dah dekat 2 bulan lebih tak update..
nak dikatakan busy..? tak jugak.. tapi lebih kepada sifat malas nak 'menulis'..
last entry pon, masa time praktikal..

ok, utk entry kali ni saya memilih topik "all in one"..
kenapa ea? sebabnya, sy nak summarize kan
semua yg berlaku sepanjang 2months ni dalam satu entry.. :)

--------------------

Alhamdulillah,
pada tanggal 1 Aug 2013 (khamis),
sy dan 2 lagi rakan seperjuangan berjaya menamatkan sesi praktikal dgn status LULUS..
supposedly, habis 31 july, tp atas permintaan bos supaya kami habiskan minggu (sehingga khamis)
jadi, kami akur.. lagipun sehari ja kan.. :)
then, sibuk dgn persiapan utk raya..
*persiapan lah sgt kan.. padahal x da buat apapon..*

em, dah habis praktikal ni, dok umah je la..
masa yg terluang pon byk dihabiskan dgn baca novel ja..

--------------------

-Hari Raya-
raya tahun ni mcm biasa la..
sembahyang raya dkt jitra..lepas smbhyg raya baru gerak balik kampung..
cuma yg berbeza, tahun ni akak beraya sekali kat jitra..
2nd day raya, mcm tahun sblm ni jugak, ramai relative yg dtg..
cuma yg berbeza, i'm chef of the day! haha
risau jugak masakan x menjadi, tp Alhamdulillah.. sedap sgt.. *over la pulak kan, haha*
betul la apa org cakap, kalau kita masak dgn iklas, insyAllah semua akan jadi sedap.. :)

--------------------

-2 sept 2013-
hari ni kami sekeluarga (me, parents and my adik2) akan bergerak ke kuantan pahang..
tujuannya, nak hantar my younger sis utk meneruskan jihadnya dlm pelajaran di uia kuantan..

--------------------

-9 sept 2013-
hari ni merupakan hari pertama bergelar student part 8 bachelor of account !
teruja, semangat, nervous, semua ada.. sem akhir lah katakan.. :)
semoga Allah permudahkan perjalanan semester terakhir ni dengan penuh rahmah dan barakah..
mohon doa semua ya.. :)

--------------------

-12 sept 2013-
heading to KLIA..
thats mean, sy 'terpaksa' dgn kerelaan sendiri ponteng kuliah selama 2 hari..
kali ni, hantar my younger brother yg akan fly ke jordan..


::jujur, sgt berbangga dengan kejayaan adik2..
kadang terasa diri terlampau kerdil jika dibandingkan dengan mereka..
semoga perjuangan dan jihad mereka utk menuntut ilmu dipermudahkan Allah..
ops, lupa nak bagitau.. both my adik2 merupakan dentist to be.. insyAllah.. :) ::



:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::