Wednesday, 10 August 2011

buat hati yang ketandusan cinta..


Sabarlah duhai hati..
tak perlu kau menagih cinta manusia yg hanya sementara cuma..

kerana,

ada cinta yg lebih abadi buatmu..
cinta yg bisa menitiskan 'air mata rindu' disaat jiwa kerinduan..
cinta yg bisa memberikan ketenangan disaat jiwa keresahan..
cinta yg bisa mendamaikan disaat hati kesedihan..
dan cinta yg mampu memberikan segala kemahuanmu..
itu lah cinta Allah, cinta teragung..

Namun,

terkadang cintamu pasti diuji dgn pelbagai ujian yg berat..
untuk menilai sejauh mana kesetiaanmu kepada Pemilik Segala Rasa Cinta..
sekuat manakah cintamu padaNya?
sehebat manakah kasihmu padaNya?
andai kesetiaanmu utuh, maka bergembiralah..
tetapi, jika hatimu goyah dan ragu akan kasihNya
maka ketahuilah bahawa nilai cintamu disisiNya masih lemah..

sudah menjadi sunnahNya
setiap yg bergelar mukmin pasti akan diuji..
dari situ, Dia mencari hambaNya yg tegar mencari redhaNya..
tetap dalam ujian tanpa pernah mengalah..

tetapi,
tidak ramai yg sanggup meraih cinta abadi ini..
kerana mereka tidak kuat dalam menghadapi ujian demi ujian..

ketahuilah duhai hati yg ketandusan cinta..
apabila engkau telah meraih kesyahduan cinta Sang Pencipta,
beerti engkau telah menggapai kebahagiaan yg hakiki..
kebahagiaan dan ketenangan yang maha agung..
yang tiada tolok bandingnya..
keasyikan yg tidak dapat digambarkan oleh pancaindera..

pesanan buat diri..
"usah kau gundah dan berkeluh kesah
kerana belum meraih cinta insani..
kerana 'jodoh' itu pasti akan datang..
ya, itu adalah pasti..
namun, datangnya tiada siapa dapat menduga..
kerana itu adalah urusan Dia Yang Esa..
semoga kedatangan 'jodoh' itu akan menguatkan lagi
cintaku pada Pemilik Rasa Cinta..
kerana jiwa yg sepi tanpa cintaNya
umpama padang pasir yg kegersangan.."





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

No comments:

Post a Comment