![]() |
| cinta itu fitrah ! |
bismillahhirrahmanirrahim..
*mulakan sesuatu dengan nama Allah, baru lah berkat :) *
hm, malam ni tiba2 tergerak hati nak bercakap soal cinta..
cinta.. merupakan sesuatu yg berkait rapat dgn soal hati..
sesuatu yg datang tanpa diduga..
cinta merupakan suatu anugerah teragung..
buat insan yg bergelar manusia..
bila mana cinta tercipta, disitu akan bertautlah rasa rindu..
cinta boleh saja disandarkan pada sesama manusia..
atau, di antara makhluk dengan sang pencipta..
semestinya,cinta pada pemilik segala rasa cinta adalah lebih utama..
yaitu cinta kepada Allah yang Maha Esa..
saban hari, ada saja mulut yg bertanya pada saya..
"eh, awk ada boyfriend x? x kan takda kot.. mesti ada kan??"
hm, sejujurnya..
hati mana yang tak pernah terlepas dari merasa kasih dan sayang pada
sesama makhluk??
itu kan sudah fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai..
pernah, diri ini disakiti kerana cinta..
dikecewakan kerana cinta..
namun, diri ini telah diselamatkan..
dari terus mengejar cinta yang tiada penghujung..
terima kasih Ya Allah..
kerana Engkau telah menyedarkan aku..
kini, aku sedar..
mungkin cinta yg lepas itu,
bukan cinta yg terbaik..
mungkin juga, bukanlah cinta yg
membahagiakan, tapi menghancurkan..
namun,
saat ini.. hati ini sedang terpaut pada seseorang..
seseorang yang pernah menjadi rakan
seperjuangan suatu masa dahulu..
yang terpisah bertahun lamanya
kerana menuju haluan masing2..
yang tak pernah berbicara dalam masa silam..
tapi kini, dengan takdir Allah..
kami bertemu..pertemuan tanpa wajah..
pertemuan di alam siber..
semuanya adalah perancangan Allah..
aku senang berbicara dengannya..
walaupun perbualan kami tanpa suara..
dan dia nun jauh diperantauan..
aku gembira berkongsi khabar..
dan aku gembira yg dia telah berjaya mencapai cita..
antara sikapnya yg menarik perhatianku..
apabila aku tahu yg dia seorang yg aktif dalam berdakwah..
biar saja aku perkenalkan dia sebagai Dr. M.A.A.R.. :)
ah..
aku hanya mampu berdoa..
Ya Allah, aku suka dia..
andai dia jodohku..
maka, satukanlah kami..
andai dia bukan jodohku..
jauhkanlah dia dari hatiku..
dan aku dari hatinya..
dan gantikanlah dengan insan yg
lebih baik dari itu..
Amiinn..
:: aku tahu, aku bukan lah yg selayaknya untuk dirinya.. mungkin dia mengimpikan pendamping yg solehah untuk melayari bahtera.. dan, aku bukanlah se solehah yg di impikan.. tapi, aku juga seperti wanita lain.. yg mendambakan kehadiran adam yg mampu menjadikan aku wanita syurgawi.. ::
:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::
