Tuesday, 14 June 2011

gagal sebagai bekalan..



gagal bukan beerti kalah..





Alhamdulillah..
hari ini saya diberikan kesempatan utk berkongsi sesuatu tentang 'kegagalan'..
pernah suatu ketika, diri ini melalui saat2 sukar dlm hidup, sgt sukar..
jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi dan pemikiran sgt bercelaru..
dlm saat jiwa terumbang ambing, hati sentiasa berdoa dan merayu kepada Sang Pencipta..
agar dihadirkan seseorang utk membawa diri ke 'alam nyata'..
kembali kepada hakikat kehidupan yg sebenar.. sebagai seorang hamba..

Tapi,

diri sering dipersalahkan,dicemuh dan pelbagai tanggapan buruk dilontarkan..
sehingga suatu saat, terasa diri ini betul2 jatuh, jatuh sejatuhnya.. sehingga terlupa akan kewujudan Yang Maha Kuasa..
disaat itu, syaitan mula mengambil bahagian..
terus terusan menghasut..sehingga diri terkulai lemah, dan tegar melakukan sesuatu diluar kewarasan akal.. diri mula diasingkan jauh dari masyarakat.. dan apa yg paling berat apabila diri tidak lagi merasai kewujudan 'keluarga' .. tidak lg merasai kehangatan hubungan kekeluargaan.. ahh, itu semua hanya kisah silam.. kisah hitam yg perlu dilupakan.. kisah pahit yg perlu dibuang jauh..





- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -





sudah menjadi fitrah manusia, sentiasa inginkan kesenangan dan kebahagiaan dlm hidup..

tetapi,

tidak semua manusia dikurniakan kesenangan dan kebahagiaan oleh Allah..

boleh jadi seseorang itu sgt bahagia didunia, tetapi sengsara di akhirat..atau,

boleh jadi seseorang itu sengsara di dunia, tetapi sgt bahagia di akhirat..


Firman Allah :
"diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui " (Al-Baqarah:216)


ketahuilah, dalam mengejar redha Allah, kita akan sentiasa diuji dgn pelbagai bentuk dugaan..

dugaan yang disediakan oleh Allah sebagai ujian untuk membuktikan bahawa kita adalah hambaNya yang beriman..

setiap ujian yg diturunkan merupakan bukti yg melayakkan kita mengecapi manisnya syurga..

tanpa ujian dari Allah, kita tidak akan tahu sedalam mana dan setebal mana tahap keimanan kita..

kerana, ujian merupakan medan utk manusia bermuhasabah..

kadangkala kita alpa dan lalai akan tanggungjawab kita sebagai hamba..

lalu, Allah yg penuh dgn sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim menurunkan ujian..

agar kita tersedar dan kembali kepadaNya..

Allah juga menjanjikan ganjaran yg besar bagi mereka yg mengorbankan harta dan jiwa di jalan Allah..


Firman Allah :
"sesungguhnya Allah telah 'membeli' dari orang mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dgn jualbeli yg telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yg besar" (At-Taubah:111)


Itulah janji Allah..

Andai kita gugur di medan perang, tetapi gugur kita adalah untuk mendapatkan rindu dari Sang Pencipta..


Firman Allah :
"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya mereka juga sedang menderita kesakitan sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap daripada Allah apa yg tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana" (An-Nisa':104)


Sebenarnya, tiada erti kalah dalam berjuang..

kerana, Allah telah menjanjikan ganjaran yg besar bagi mereka yg tegar berjuang di jalanNya..

Biarkan diri dicaci,

Biarkan bebanan menghimpit,

Jangan sekali langkah diundur,

kerana janji Allah itu pasti..

sesungguhnya Syurga itu manis,

tetapi jalan menuju Syurga itu sangat pahit..


Firman Allah :
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga? padahal belum nyata bagi Allah orang2 yg berjihad diantaramu dan belum nyata orang2 yang sabar " (Ali-Imran:142)


Syurga..
sebuah tempat yg sangat diidamkan manusia sebagai destinasi persinggahan terakhir..
tetapi, siapakah golongan yg sebenarnya layak utk Syurga Allah?

adakah kita akan tergolong dalam golongan tersebut?





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Sunday, 12 June 2011

maafkan teman..




sesal..
sungguh diri ini sesal..
penyesalan yg tiada berkesudahan..
kerana telah mempersiakan seseorang
yang bergelar sahabat..
sahabat kurniaan Illahi,
yang diutuskan Allah untuk menceriakan hidup ini..

Maafkan aku teman..

mungkin saja diri ini terlalu ego..
tidak matang dalam berfikir..
tidak arif dalam menilai..
dan tidak pandai dalam menghargai..

namun kini,
diri ini terlalu sesal dengan kesilapan lalu..
andai waktu dapat diputarkan,
ingin rasanya aku kembali..
mengubah segala yg terjadi..
mengubah yg pahit menjadi manis..
dan yg hitam menjadi putih..
agar tidak lagi timbul
noktah hitam dalam persahabatan..

buat ex-housemate,
Siti Anissazira, Jazilah Ihsan
Ku Nurnajuawa dan Nur Atikah..
maafkan diri ini..
kerana diri ini terlalu banyak kelemahan
dan kekurangan..
maaf juga kerana
diri ini tidak dapat menjadi sahabat yg sempurna..

sahabat,
diri ini terlalu mengagumi kalian dalam diam..
walau lisan tidak pernah melafazkan..
tapi,
hati sentiasa kagum dgn kalian..

diantara kalian,
masing2 mempunyai kelebihan..
kelebihan yg tiada pada org lain..

sahabat,
maaf diatas segala 'kesakitan' yg wujud..
maaf diatas segala 'tangisan' yg terjadi dalam jiwa kalian..
maaf seandai diri ini tiada disaat kalian berduka..
maaf di atas segalanya yg berlaku antara kita..
maaf kerana 'gagal' utk menjadi sahabat yg baik..
maaf kerana tidak cuba utk memahami hati2 kalian..
maaf seandainya diri ini yg memulakan pertengkaran..

sungguh,
biar bertahun lamanya,
biar nyawa menjadi taruhan..
sehingga detik nadi terakhir,
diri ini akan sentiasa memohon maaf
sehingga kalian menyambut salam kemaafan yg dihulurkan
kerana,
diri ini betul2 inginkan
persahabat seperti dulu..

Maafkan wahai teman..






:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Tuesday, 7 June 2011

makan secara sunnah..





kali ini, ingin saya berkongsi tentang cara makan mengikut sunnah..

sebenarnya, terlalu byk kebaikan sekiranya kita hidup secara sunnah..
kerana, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan..

Sabda Nabi SAW,
" Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, beerti dia cinta kepadaku.. Dan, barangsiapa yg cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.."



Subhanallah.. terbukti, Islam bukanlah agama yg membebankan.. begitu byk jalan mudah utk meraih syurga.. tetapi, tidak ramai yg menyedarinya..


Makan secara bersunnah..

  1. Cara duduk - seperti tahiyat akhir tetapi lutut kanan dinaikkan..cara duduk sebegini byk kebaikkannya..posisi ini akan memberi keselesaan pada perut dan ia akan menjaga keseimbangan ruangan dalam perut yg terbahagi kpd 3 bahagian ruang iaitu air, makanan dan udara..
  2. Makan menggunakan tangan - kajian menunjukkan bahawa enzim yg terdapat pada jari adalah 10 kali ganda lebih byk dari enzim yg terdapat dlm air liur..ini dapat memudahkan proses pencernaan..
  3. Makan menggunakan 3 jari - sekiranya agak sukar utk makan menggunakan 3 jari, cukuplah sekadar menggunakan 3 jari pada suapan pertama..
  4. Membaca doa - disunnahkan membaca doa makan apabila dihadapan makanan..
  5. Membaca Bismillah - sunnah membaca bismillah sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut..
  6. Membasuh ke 2 tangan dan berkumur..
  7. Menjilat jari sesudah makan..
  8. Makan dalam 1 dulang secara berjemaah..
  9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang..


Renung2 kan dan selamat beramal (",)





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

Wednesday, 1 June 2011

Permulaan sebuah perjalanan..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Segala pujian hanya pada yang selayaknya, Allah SWT..

Bersyukur padaMu Ya Allah..
kerana diberikan kesempatan utk berkongsi disini..
sebagai tempat persinggahan utk berkongsi ilmu, membina saham akhirat disamping
utk memperingati diri ini yg selalu lalai dalam mengingatiMu..

Alhamdulillah, hari ini, saya telah mendapat satu kesedaran..mempelajari sesuatu yang baru..
dari seseorang yg sgt saya kagumi peribadinya.. yg selama ini menjadi idola saya dalam diam..

kepada insan tersebut, maafkan diri ini di atas segala sifat tidak soleh yg sering dipertontonkan..
sedar, diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan..

dan, diri ini dalam usaha yg maksima utk melakukan perubahan.. perubahan ke arah kebaikan..mencuba utk membahagiakan insan2 sekeliling..cuba utk melakukan bakti sebanyak mungkin..semoga usaha ini akan menjadi hasil yg besar utk bekalan di akhirat nanti..

mohon doa semua agar diri ini terus kekal dalam hidayah dan taqwa..

semoga usaha ini mendapat keberkatan yang Maha Esa..





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::