Thursday 1 December 2011

wanita, istimewanya dirimu.. :)

wanita solehah itu adalah penyeri seribu bunga.. :)



Duhai muslimah,
Ketahuilah bahawa dirimu terlalu istimewa..
Kedudukanmu adalah tinggi disisi agama..
Usah engkau hiraukan kata2 mereka yg melabelkan engkau sebagai kaum yang lemah..
Kerana, hakikatnya engkau adalah kuat di suatu sudut yang lain..

Duhai muslimah,
Penciptaanmu adalah sangat utama..
Bahumu diciptakan dgn sepenuh kekuatan agar mampu
menahan seluruh beban dunia dan isinya..
Bahumu juga bisa dijadikan damainya tempat si bayi
asyik di buai mimpi..

Duhai muslimah,
Sesungguhnya engkau telah diberi kekuatan oleh Sang Pencipta
untuk bertarung nyawa demi melahirkan 'nafas baru' ke dunia..
Walaupun dikemudian hari, engkau sering dicerca oleh 'nafas baru'
yang telah lahir dari rahimmu sendiri..

Duhai muslimah,
Sesungguhnya dirimu telah dibekalkan dgn sikap kesabaran yg tinggi..
Sifat pengasih dan penyayang yg engkau miliki memang tiada tolok bandingnya..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


20 keistimewaan wanita :


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki..

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh..

3. Barang siapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan, org yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dlm Syurga..

5. Barang siapa yg membawa hadiah iaitu barang makanan ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. * Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Dan, barangsiapa yg menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

7. Barangsiapa yg bersifat ihsan dalam pergaulan bersama anak-anak dan saudara perempuan, dan memdidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.

8. Antara ibu dan ayahmu, maka utamakanlah ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yg diuji dengan sesuatu daripada anak2 perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan dijauhkan daripada api neraka.

10. Wanita yang taat kepada suaminya, maka tertutuplah pintu2 neraka dan terbuka pintu2 Syurga dan ia boleh masuk daripada mana2 pintu Syurga yang dikehendakinya tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka seluruh makhluk akan beristigfar baginya selama mana ia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Rasulullah SAW bersabda " Orang yang berhak terhadap lelaki adalah ibunya "

13. Perempuan yang bersembahyang 5 waktu, puasa, memelihara kehormatan diri serta suaminya, masuklah ia dari mana2 pintu Syurga yang dikehendakinya.

14. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkannya ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya selama 10ribu tahun.

15. Perempuan yang mengandung, maka beristigfarlah para malaikat untuknya, Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

17. Setelah ia melahirkan anak, keluarlah ia daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila anak yang dilahirkan itu disusuinya, setiap teguk susu tersebut diberi satu kebajikan.

19. Seorang ibu yang berjaga malam demi memelihara anaknya yang sedang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Ibu yang meninggal ketika melahirkan, dan dalam masa hamilnya, maka Allah SWT memberikannya Syurga seperti yang diberikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang.






:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

No comments:

Post a Comment