Friday, 29 July 2011

alam pekerjaan..





em, setelah hampir 2 bulan cuti semester berlalu..
baru hari ini diri tergerak utk cuba mencari pekerjaan..
sudah tiba masanya utk diri ini berhenti hidup dalam 'kemewahan'..
dan cuba belajar berdikari utk mencari 'rezeki' sendiri..
belajar utk merasai kesusahan..

dan, Alhamdulillah..
dengan izin Yang Maha Kuasa..
Dia telah mengaturkan diri ini utk bekerja sbg operator pengeluaran
selama 1 bulan di sebuah kilang di Jitra..
selama disana, pelbagai perkara baru dpt saya pelajari..
pelbagai ragam manusia dapat saya tonton..
dan Alhamdulillah,
sepanjang berada disana, ia sedikit sebanyak dapat mendidik jiwa..
dan mengembalikan kehangatan hubungan kekeluargaan..
mungkin ada yg tertanya, apa kaitan kerja & keluarga ?
tapi, itulah kuasa Allah.. segala hubungan yg selama ini keruh
dapat kembali dipulihkan..

selama bekerja di sana,
saya telah diberi peluang utk mengenali
2 insan yg sgt istimewa..
sungguh, diri ini terlalu menghargai kalian berdua..
menghargai persahabatan yg terjalin antara kita..
sifat 'kesederhanaan' dan 'happy go lucky' yg kalian miliki
sgt memberi kesan pada diri ini..
sifat kalian telah berjaya mendidik diri ini agar sentiasa
bersederhana dlm hidup..

di sana juga,
diri ini telah diberi peluang utk mengenali beberapa insan lain..
dgn pelbagai ragam dan celoteh..
dan pelbagai masalah telah dikongsikan..
walau diri mereka dirundung pelbagai masalah..tapi,
senyuman dibibir tidak pernah lekang..
itu lah sifat mereka yg sgt saya 'respect'..

sememangnya,
saya sgt rindukan suasana kerja di sana..
rindukan senda gurau bersama kalian..





:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

No comments:

Post a Comment