Sunday, 12 June 2011

maafkan teman..




sesal..
sungguh diri ini sesal..
penyesalan yg tiada berkesudahan..
kerana telah mempersiakan seseorang
yang bergelar sahabat..
sahabat kurniaan Illahi,
yang diutuskan Allah untuk menceriakan hidup ini..

Maafkan aku teman..

mungkin saja diri ini terlalu ego..
tidak matang dalam berfikir..
tidak arif dalam menilai..
dan tidak pandai dalam menghargai..

namun kini,
diri ini terlalu sesal dengan kesilapan lalu..
andai waktu dapat diputarkan,
ingin rasanya aku kembali..
mengubah segala yg terjadi..
mengubah yg pahit menjadi manis..
dan yg hitam menjadi putih..
agar tidak lagi timbul
noktah hitam dalam persahabatan..

buat ex-housemate,
Siti Anissazira, Jazilah Ihsan
Ku Nurnajuawa dan Nur Atikah..
maafkan diri ini..
kerana diri ini terlalu banyak kelemahan
dan kekurangan..
maaf juga kerana
diri ini tidak dapat menjadi sahabat yg sempurna..

sahabat,
diri ini terlalu mengagumi kalian dalam diam..
walau lisan tidak pernah melafazkan..
tapi,
hati sentiasa kagum dgn kalian..

diantara kalian,
masing2 mempunyai kelebihan..
kelebihan yg tiada pada org lain..

sahabat,
maaf diatas segala 'kesakitan' yg wujud..
maaf diatas segala 'tangisan' yg terjadi dalam jiwa kalian..
maaf seandai diri ini tiada disaat kalian berduka..
maaf di atas segalanya yg berlaku antara kita..
maaf kerana 'gagal' utk menjadi sahabat yg baik..
maaf kerana tidak cuba utk memahami hati2 kalian..
maaf seandainya diri ini yg memulakan pertengkaran..

sungguh,
biar bertahun lamanya,
biar nyawa menjadi taruhan..
sehingga detik nadi terakhir,
diri ini akan sentiasa memohon maaf
sehingga kalian menyambut salam kemaafan yg dihulurkan
kerana,
diri ini betul2 inginkan
persahabat seperti dulu..

Maafkan wahai teman..






:: bajai taqwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki ::

No comments:

Post a Comment